twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP


1. Belajar secara aktif dengan pen / pensil di tangan.

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif


a. pastikan cahaya adalah terang
b. kurangkan gangguan bunyi
c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e. kerusi dan meja menghadap kiblat
f. jangan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari kawan

5. Ulangkaji dengan menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Tahu teknik merangsang memori

a. memasukkan maklumat dalam memoro (registration)
b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c. mengingat kembali (recall)
d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

7. Sentiasa awal dan mendahului

a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sedia awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau dua kali sebelum guru mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul

a. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b. memberikan tumpuan sepenuhnya
c. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20minit ketika mengulangkaji.

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological clock )

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )

18. Mengulangkaji secara persendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran yang terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulangkaji pelajaran secara berulang-ulang kali..

21. Mengulangkaji apabila mulai terlupa.