twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP









Prakata  Penolong Kanan  Pentadbiran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Segala puji-pujian kepada Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w kerana dengan limpah rahmat-Nya Buku Manual Pengurusan Sekolah dapat disiapkan sebelum sesi 2021bermula. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi dalam sesi persekolahan tahun ini,

Tahniah kepada semua warga SMKPP, khasnya kepada para guru kerana berupaya mewujudkan kerjasama yang baik sebagai satu pasukan dalam memaju dan mencemerlangkan sekolah ini.

Aliran pendidikan masa kini mengarah kita kepada sistem pendidikan yang berkesan, bermutu, cemerlang dan bertaraf dunia seiring dengan Pelan Pembangunan  Pendidikan Malaysia (2013 -2024). Perkara ini, berkait rapat dengan beberapa pola intraksi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta iklim sekolah yang kondusif. Justeru guru–guru haruslah bersedia untuk mengubah pemikiran tradisional dalam PdP ke arah gerakan moden yang memerlukan kemahiran belajar, kemahiran berfikir aras tinggi serta pelbagai kecergasan emosi sejajar dengan Guru Abad Ke -21. Guru haruslah lebih kreatif dan inovatif bagi mewujudkan satu persekitaran belajar yang efektif, mencabar dan menyeronokkan. Kepelbagaian pedagogi amat penting untuk menstrukturkan semula suasana pembelajaran dan memandu murid - murid menemui sesuatu yang sepatutnya mereka perolehi.Ini sejajar dengan Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia iaitu AKSES, KUALITI, EKUITI, PERPADUAN dan  KECEKAPAN.

Guru adalah penjana modal insan untuk agama, negara dan bangsa, Di bahu kita terpikul tugas berat  untuk dilaksanakan. Seharusnya kita bersyukur kerana terpilih untuk menjadi guru dan yang lebih penting dari itu ialah melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab.

Komitmen, budaya kerja yang positif serta PdP yang berkesan di dalam bilik darjah merupakan sebahagian dari penentu kualiti pendidikan dan pencapaian akademik sesebuah sekolah. Justeru marilah kita sama-sama berganding bahu ,bersatu padu dan bermuafakat meningkatkan iltizam dan jati diri yang kukuh untuk menjadikan diri kita obor kecemerlangan kepada sekolah kita serta menjadikan SMK Permatang Pasir sebagai institusi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha kita ini diberkati dan dibimbing olehNya serta diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Akhir kata, semoga Buku Manual Pengurusan Sekolah ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai panduan untuk melancarkan tugas-tugas yang diberikan dan membolehkan kita terus mencapai kecemerlangan sebagaimana yang kita harapkan bersama.

Wabillahi tawfiq wal-hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wallahualam.


“ Tugas Satu Ibadah ”


En. Jamil Bin Che Mat

Penolong Kanan Pentadbiran



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------