twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP

 



Pembelajaran secara online telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Blueprint, 2015 iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga lepas Menengah).

Di dalam pelan ini, anjakan paradigma dilakukan kepada pelajar dan guru untuk memanfaatkan penggunaan ICT bagi memberikan impak kualiti yang baik dalam pembelajaran pada masa kini. Pelan ini juga menyatakan akan ada penambahan perkongsian pembelajaran oleh para guru di dalam talian dan memaksimumkan penggunaan ICT samada secara jarak jauh dan pembelajaran kendiri tanpa mengambil kira lokasi dan tahap kemahiran murid.

Sedekad yang lalu, di dalam inisiatif pendidikan, sebanyak RM6 Bilion telah dibelanjakan oleh Kementerian untuk merealisasikan kearah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Walaubagaimanapun, tahap kesedaran itu belum dicapai memandangkan penggunaannya masih di tahap yang tidak memuaskan.

Pada 2010, kajian telah dilakukan oleh pihak kementerian dan mendapati 80% guru menggunakan ICT kurang satu jam seminggu. Berdasarkan kajian tersebut juga, hanya sepertiga murid yang menyatakan bahawa penggunaan ICT oleh guru mereka secara tetap.

Pada tahun 2012, Kajian UNESCO mendapati bahawa penggunaan ICT tidak berganjak daripada sekadar penggunaan aplikasi memproses perkataan sebagai alat pengajaran. Walhal, penggunaan ICT memiliki potensi yaang besar dalam proses pembelajaran yang keterbukaan dan berfikir secara meluas. Walaubagaimanapun, ianya masih belom di laksanakan sepenuhnya.

Antara kejayaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan di 10,000 buah sekolah adalah ICT akan bantu mengukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dimana murid berupaya untuk mengakses kandungan pembelajaran lebih menarik, meluas dan interaktif.

Murid-murid akan mempunyai pilihan untuk belajar secara kendiri dan secara jarak jauh. Disamping itu juga, tenaga pengajar mempunyai akses pembelajaran dan komuniti di dalam dan luar negara bagi tujuan meningkatkan kualiti amalan mereka.

Kesimpulannya, tiada jurang pemisah untuk yang berada didalam mahupun diluar bandar dengan adanya kemudahan ICT ini.

Antara inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan ialah penyediaan akses internet untuk pembelajaran secara maya bagi kesemua 10, 000 sekolah menjelang tahun 2013.

Penyampaian pengisian pembelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dalam talian akan ditambah bermula dengan perpustakaan video guru terbaik dan penggunaan ICT secara maksimum untuk pembelajaran secara jarak jauh serta pembelajaran kendiri untuk perluaskan akses kepada pengajaran yang berkualiti tinggi tanpa mengira tahap kemahiran murid dan lokasi keberadaannya.

Berdasarkan pelaksanaan Kementerian Pendidikan di dalam Blueprint 2015, dapat dirumuskan bahawa kesedaran untuk masyarakat dalam pembelajaran secara online amatlah digalakkan.

Pada September 2019, Malaysia digemparkan dengan jerebu yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tinggi. Banyak sekolah telah ditutup kerana bimbang akan kesihatan anak-anak yang bakal terjejas.

Menerusi Astro Awani, menurut Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Shafruddin Ali Hussin, pembelajaran secara digital sangat membantu pada ketika itu.

Walaupun sekolah ditutup, namun tiada alasan untuk meneruskan pembelajran dengan wujudnya pembelajaran secara online ini.

Kemudia isu Covid19 ini yang menggemparkan seluruh dunia termasuk Malaysia, menyebabkan sekolah terpaksa di tutup dan solusi perlu dicari bagi memastikan pelajar masih dapat belajar walaupun dalam keadaan yang terhad.


KLIK SINI  BELAJAR SECARA ONLINE




SUMBER:https://digylearn.cmnacademy.com/5-kelebihan-belajar-secara-online/