twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP






Prakata  Penolong Kanan  Kokurikulum

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Pelbagai aktiviti kokurikulum telah dan akan dijalankan dengan diselia oleh guru-guru. Aktiviti dirancang bagi mengisi masa dan membentuk sahsiah unggul dan disiplin diri pelajar. Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin yang berketerampilan. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk watak serta peribadi seseorang pelajar. Kegiatan kokurikulum yang terancang serta dibimbing oleh guru-guru penasihat yang berwibawa pastinya dapat melahirkan personaliti yang positif, bertanggungjawab serta membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya melahirkan generasi berdisiplin yang dapat dimanfaatkan olek masyarakat kelak. Kejayaan dan pencapaiaan yang diraih adalah menjadi tanggugjawab kita semua sebagai warga SMKPP untuk mengekalkan dan mempertingkatkan pencapaian sekolah. Adalah menjadi harapan unit kokurikulum agar warga SMKPP akan terus bersemangat meyahut cabaran dan terus memberi persaingan kepada sekolah-sekolah lain . Sekurang-kurangnya guru-guru cabarlah diri sendiri bagi membimbing anak didik mencapai kepuasan dalam penyertaan seterusnya mencipta kejayaan. Besarlah harapan saya agar SMKPP terus mengekalkan kecemerlangan dan memperbaiki pencapaian dalam apa-apa jua acara yang diceburi. Tambahan lagi bersandarkan kepada sumber dan bakat yang ada di SMK Permatang Pasir yang boleh digilap. Keazaman dan tekad akan membawa SMKPP ke arah kecemerlangan dalam bidang  kokurikulum dan  menjadi sekolah yang unggul di semua peringkat.
Guru-guru telah memainkan peranan dalam mengembangkan bakat pelajar. Hal ini telah membuka ruang dan peluang bagi pelajar bertanding mewakili SMKPP di peringkat daerah, negeri kemudiannya peringkat kebangsaan.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMK Permatang Pasir  yang banyak berkorban  tenaga , masa dan wang ringgit demi mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Sokongan daripada seluruh warga SMKPP telah meletakkan nama sekolah yang kita sayangi sebaris dengan sekolah yang boleh dibanggakan di PPD Seberang Perai Tengah. Bersama-samalah kita bersatu hati, bertekad dan berusaha tanpa mengenal erti putus asa  dalam membentuk jati diri yang kuat di samping menjadikan anak-anak pelajar SMKPP berjiwa kental dalam menghadapi cabaran dalam bidang kokurikulum. Harapan dan doa saya agar SMKPP terus melakar nama dalam bidang kokurikulum. SMKPP mampu ’Go Beyond Limits’.

Sekian. Wassalam.


MOHAMAD MAZALAN BIN ALIAS

Penolong Kanan Kokurikulum



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------