twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP








Kata Alu-aluan Pengetua 
Bismillahhirrohmanirrohim 
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga SMKPP.

 Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT Tuhan pemilik sekelian alam, Tuhan yang satu dan tidak ada Tuhan melainkan Dia . Selawat serta Salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW , keluarga baginda , para sahabat dan seluruh umat pengikut Baginda Nabi. Syabas, terima kasih tidak terhingga kepada semua Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan dan semua AJK yang telah berjaya menyiapkan Buku Perancangan Tahunan Sekolah bagi sesi 2023/24. Buku Perancangan Tahunan ini merupakan satu panduan dan juga rujukan untuk kita melaksanakan aktiviti dan program bagi membangunkan murid-murid SMKPP. Akhir-akhir ini, seluruh dunia dapat menyaksikan perubahan drastik yang berlaku dalam dunia pendidikan kita . Perubahan teknologi yang berlaku kepada dunia telah secara tidak langsung “memaksa” para guru untuk turut berubah seiring dengan zaman kini. Sebagai guru kita semua harus membuat persediaan dan persiapan menghadapi situasi VUCA dalam pekerjaan kita. Adalah menjadi satu keharusan kepada kita semua untuk menyampaikan ilmu dan mendidik mereka seiring dengan fasa kehidupan yang akan mereka lalui nanti. Sebagai persediaan di peringkat sekolah kita telah membuat persediaan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan penguasaan dalam bidang STEM untuk membentuk kualiti JERIKS murid. Kita juga akan melaksanakan pembentukan adab, akhlak dan sahsiah yang mulia di kalangan seluruh warga SMKPP bagi membentuk murid unggul berperibadi mulia. Semoga niat murni ini dapat kita laksanakan bersama- sama . Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua guru , AKP dan semua warga SMKPP. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kejayaan atas setiap usaha kita yang baik insyaa Allah.

 ……………………………………
 ( ROSLINA BINTI HASIM ) 
 Pengetua SMK Permatang Pasir