twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP




                                     Prakata Penolong Kanan HEM


السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Kembali lagi kita meneruskan perjuangan sebagai pendidik dalam tahun 2021. Menelusuri  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013 – 2025), pastinya kita telah   terasa bahang transformasi yang telah melonjakkan pembangunan kendiri kita .  Sekarang kita mula memasuki gelombang kedua PPPM. Dalam bidang pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM), yang sentiasa berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , peranan kita sebagai guru yang mendidik  adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ; insyaAllah berjalan dengan lancar. Tahniah guru-guru yang sentiasa bertungkus-lumus  ke arah itu. Harapan agar kita dapat melonjakkan lagi paradigma bersama gelombang seterusnya.
Keterlibatan guru dalam bidang pengurusan HEM merangkumi :
*         Pembangunan Pelajar ( keselamatan, kebajikan dan disiplin )
*         Pengurusan ( rekod-rekod dan pendaftaran )
*         Pembangunan Organisasi ( hubungan komuniti dan pembangunan profesionalisme )
Dalam bidang pembangunan pelajar,   aspek disiplin merupakan aspek yang paling mencabar dalam bidang HEM. SMK Permatang Pasir juga tidak terkecuali, namun masih di tahap baik dan terkawal. Pengertian disiplin yang bermaksud kesanggupan individu  iaitu murid mematuhi undang-undang atau peraturan sekolah, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, tolong-menolong dan sedia berkhidmat kepada diri sendiri, sekolah dan masyarakat ; menjadi  suatu aspek yang berterusan untuk diuruskan oleh para guru . Kesabaran tanpa rasa jemu dan kebijaksanaan para guru jugalah yang membantu kelancaran urusan. Kejayaan melahirkan individu atau murid  yang bersahsiah dan berjaya dunia dan akhirat adalah amat diharapkan.
                “Kejayaan adalah jumlah usaha yang kecil, dilakukan setiap hari dan berulang kali”
                                ( Robert Collier, pengarang bestseller dan penerbit  “The Secret of the Ages” )
Akhhirnya, sama-samalah kita mengorak langkah mengikut arus transformasi dan inovasi tanpa membelakangkan pekeliling-pekeliling yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membuat keputusan seiring keputusan pemimpin sekolah demi kemantapan institusi SMK Permatang Pasir.  Semoga Allah mempermudahkan dan melancarkan segala usaha kita.             Amin. Terima kasih.
“ Tetapkan matlamat dan kemudian  susun aktiviti  demi  kemenjadian anak didik kita


AZIMAH BINTI UMAR
( Penolong Kanan HEM )        


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     



0 comments:

Post a Comment