Tuisyen Help berlangsung pada
11 September 2015 sehingga 9 Oktober 2015 setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Tuisyen Help diadakan khusus bagi pelajar yang
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Program ini meletakkan sasaran
untuk membantu para pelajar yang menjadi peserta program ini untuk meningkatkan
prestasi akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015.
Para pelajar dibantu guru-guru terbaik, cemerlang bagi
menghasilkan pelajar-pelajar berkeyakinan tinggi, berpotensi serta bermotivasi
tinggi seterusnya mendetikkan transformasi dalam diri pelajar bagi mencapai
kejayaan dan impian.
Aktiviti
Tuisyen Help ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pembelajaran
pelajar sekaligus melengkapkan mereka dalam menghadapi situasi peperiksaan yang
sebenar. Peserta tuisyen berkenaan akan lebih sistematik dalam pembelajaran dan
didedahkan teknik menjawab soalan SPM dengan tepat. Program ini juga diharap
dapat memberikan dimensi baru kepada pelajar supaya lebih bermotivasi.