twitter
rss

LAMAN WEB RASMI SMK PERMATANG PASIR, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

  • SMKPP TERBAIK.....

  • PRESENTATION I-THINK

  • KEM BINA DIRI

  • KENANGAN BERSAMA GURU SMKPP


JUNGLE TREKKING HUTAN BUKIT MERTAJAM (ketinggian 545m)
Berkeluasan lebih kurang 37 hektar dengan puncak tertinggi mencapai 545 meter dari aras laut. Rimba ini masih mempunyai pokok-pokok dan tumbuhan asal di tempat ini seperti Meranti Seraya "Shorea curtisii" dan Meranti Rambai Daun "Shorea acuminata".
Nampak seperti mudah dan sempoi, tetapi kawasan ini adalah salah satu destinasi di Utara Semenanjung Malaysia bagi aktiviti pendakian yang mencabar. Melibatkan jarak lebih dari 3.5km dari bawah hingga ke puncak melalui laluan bertar. Manakala lebih dari 7.5km jika mengelilinginya (mengikut laluan trek tertentu) dengan cara melalui denai dan mendaki berbukit yang akan mengambil masa melebihi 2 jam.
Hadiah awal akan ketemu dengan pokok Tualang Gergasi selepas cabaran mendaki laluan pertama dari arah kolam. Pokok ada tetapi lebah tualang tiada, maka usah dibimbang jika ingin bergambar dipangkal Tualang tersebut sebagai kenangan.
Seterusnya, trek agak mencanak dan kadangkala agak 'pacak' juga ditempat tertentu. Maka, terpaksa juga menggunakan akar atau batang pokok kecil untuk naik ke atas atau menurun ke bawah. Sesetengah trek juga agak licin baik semasa pendakian mahupun menuruni lereng-lereng bukit.














0 comments:

Post a Comment